Pertumbuhan dan Perkembangan Tubuh
Perkembangan dan Pertumbuhan Otot
Kemahiran motor kasar

Kemahiran motor halus
mbaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan pergerakan kanak-kanak tersebut seperti menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih baik dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka. Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan baju.Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding dengan kapur untuk menulis.Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa.Senaman dan Sukan

Senaman
- Senaman memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
- Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak akan aktif selama 30 minit setiap hari .
- Kanak-kanak lelaki adalah lebih aktif berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
- Beberapa cara untuk menggalakkan kanak-kanak membuat senaman adalah:
Ø Sekolah harus menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti fizikal.
Ø Sekolah harus memperbaiki aktiviti-aktiviti fizikal yang diperlukan kepada kanak- kanak.
Ø Ibu bapa harus sentiasa menggalakkan kanak-kanak bersenam. Mereka sendiri juga harus turut serta.
Sukan
- Sukan membawa kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak.
- Kesan positif menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut:
Ø Kanak-kanak berpeluang membuat senaman
Ø Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar bagaimana untuk bertanding.
Ø Kanak-kanak juga berpeluang mempelajari estim kendiri ( self-esteem )
Ø Kanak-kanak boleh menjalin hubungan mesra dengan kawan-kawan serta rakan sebaya
- Kesan negatif kanak-kanak menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut:
Ø Kanak-kanak berasa tertekan untuk mencapai kejayaan dalam sukan atau permainan.
Ø Kanak-kanak mudah mendapat kecederaan fizikal.
Ø Pencapaian akademik kanak-kanak akan terganggu.
Ø Kanak-kanak akan mempunyai pengharapan yang tidak realistik iaitu berjaya menjadi seorang ahli sukan.
Kesihatan, Sakit, dan Penyakit
- Dalam kebanyakkan peringkat perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah umur di mana kanak-kanak mempunyai kesihatan badan yang paling baik.
- Kanak-kanak pada peringkat ini jarang mendapat penyakit dan meninggal dunia berbanding dengan peringkat kanak-kanak lain.
Kemalangan dan Kecederaan
Faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak peringkat ini meninggal dunia dan kecederaan berat adalah kemalangan kenderaan sama ada kanak-kanak sebagai pejalan kaki atau sebagai penumpang.Tambahan pula, kanak-kanak persekolahan ini bermotivasi untuk menunggang basikal telah menambah risiko berlakunya kemalangan.
- Kebanyakkan kemalangan berlaku berhampiran dengan rumah atau sekolah kanak-kanak.
- Langkah pencegah yang paling efektif adalah mendidik kanak-kanak akan bahayanya mengambil risiko dan mengguna peralatan-peralatan sukan dengan cara yang tidak betul.
- Kanak-kanak digalakkan memakai topi keledar yang selamat dan bersesuaian, pelindung mata dan mulut, pelindung pengayuh dan sebagainya semasa bermain atau menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.
Kanser
- Kanser orang dewasa sebahagian besar menyerang jantung, usus besar, dada, prostat dan pancreas.
- Kanser kanak-kanak pula kebanyakkan menyerang sel darah putih (Leukemia) otak, tulang, sistem limfa, otot, ginjal, dan sistem saraf.
- Kanser yang paling umum dihidap oleh kanak-kanak adalah leukemia iaitu kanser tisu yang menghasilkan sel darah.
Kanser kanak-kanak adalah berbeza dengan kanser orang dewasa.
- Leukemia adalah satu kanser di mana sumsum tulang menhasilkan banyak sel darah putih yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
- Sel-sel darah putih ini menyerang sumsum tulang dan mehapuskan sel-sel yang normal dan sihat.
- Ini menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat jankitan virus dan bacteria.
Obesiti
- Individu yang mempunyai berat badan 20 peratus lebih daripada berat badan ideal adalah dianggap obese.
- Obesiti semakin menjadi umum dikalangan kanak-kanak American.
- Hampir ¼ kanak-kanak persekolahan adalah obese.
- Yang paling merisaukan adalah 71 peratus kanak-kanak obese yang berumur 10 hingga 13 tahun akan terus mempunyai lebihan berat apabila menjadi dewasa.
- Obesiti akan menyebabkan mereka mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis,dan penyakit-penyakit lain.
- Obesiti juga menyebabkan kanak-kanak mempunyai penghormatan diri (self-esteem) yang rendah dan mengasingkan diri daripada rakan sebaya.
- Faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam obesity.
- Kanak-kanak mempunyai 40 peratus menjadi obese jika salah satu ibu bapa mereka adalah obese.
- Jika kedua-dua ibu bapa adalah obese, kanak-kanak mempunyai 80 peratus menjadi obese juga.
- Persekitaran juga merupakan fakor yang mempengaruhi berat badan seseorang.
- Menonton televisyen dalam masa yang panjang tanpa membuat apa-apa senaman yang diperlukan untuk perkembangan fizikal badan akan menjadikan seseorang menjadi obese.
- Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak yang makan bersama dengan keluarga adalah lebih suka makan sayur-sayuran, makanan berlemak rendah,dan kurang minum air bersoda berbanding dengan mereka yang makan berseorangan.
- Mengikut kajian ini juga, 50 peratus kanak-kanak yang mempunyai berlebihan berat badan adalah mereka yang makan di depan televisyen berbanding dengan 35 peratus kanak-kanak yang berat badan normal.
Kanak-kanak Kurang Upaya
I. Masalah Pembelajaran
Linda Siegel (2003) membuat kesimpulan bahawa definisi bagi kesukaran belajar perlu merangkumi beberapa perkara iaitu paras minimum IQ, kesukaran yang amat nyata dalam bidang yang berkaitan dengan akademik terutamanya dalam membaca dan atau matematik.Pada dua dekad yang lalu, peratusan kanak-kanak yang diklasifikasikan mempunyai masalah pembelajaran meningkat dengan mendadak dari 30 peratus kanak-kanak yang menerima pendidikan khas pada 1997 kepada sekarang di mana lebih 50 peratus kanak-kanak.- Disleksia adalah kategory di mana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam membaca, menulis,dan mengejaan.
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini mendapat kesukaran dalam penulisan, ejaan, atau karangan.
- Mereka menulis dengan lambat dan tulisan mereka adalah sukar dibaca.
II. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
ADHD adalah kesukaran di mana kanak-kanak selalu menunjukkan satu atau lebih ciri-ciri berikut dalam suatu tempoh masa:
ØKanak-kanak susah menumpukan perhatian.
ØKanak-kanak sangat impassive iaitu mudah dipengaruh, sukar mengawal reaksi,dan bertindak tanpa berfiikir.
ØKanak-kanak adalan terlalu aktif atau hyperactive.
Kanak-kanak ADHD adalah sukar didisiplinkan. Mereka mempunyai masalah dalam hubungan rakan sebaya dan kesabaran yang paling minimum.Punca utama terjadinya ADHD belum ditemui.
- Walau bagaimanapun, beberapa punca dicadangkan adalah kekurangan neurotransmitters tertentu, abnormaliti sebelum dan selepas mengandung, toksik-toksik persekitaran seperti plumbum dan lain-lain.
- 30 peratus hingga 50 peratus kanak-kanak ADHD mempunyai adik-beradik atau ibu bapa yang mempunyai penyakit yang sama.
- Hampir 85 peratus hingga 90 peratus kanak-kanak ADHD mengambil ubat perangsang seperti Ritalin dan Adderall untuk mengawal tingkah laku mereka.
- Ritalin dan Adderall adalah perangsang untuk mempercepatkan sistem saraf dan tingkah laku.
- Tetapi bagi kanak-kanak ADHD, dada ini adalah untuk merangsang kortex prefrontal yang mengawal perhatian, merancang, dan menambah kebolehan kanak-kanak memfokus.

No comments:
Post a Comment