Kanak-kanak pertengahan dan akhir mempunyai estim kendiri yang menurun. Ini kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan diri yang kuat dan mudah tersinggung dengan teguran yang diberikan. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai keinginan mencuba sesuatu perkara yang mereka dengar. Pada teori psikososial Erikson, kanak-kanak pertengahan dan akhir mengunakan teori industri lawan rendah diri iaitu mereka lebih fokus dalam pembelajaran sesuatu yang baru, dan akan merasa rendah diri apabila gagal melakukannya. Oleh sebab itu, kanak-kanak ini memerlukan orang lain untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan, supaya mereka dapat membuat pilihan yang terbaik untuk berjaya. Selain itu, mereka cuba menunjukkan bakat yang ada pada diri mereka, supaya masyarakat dapat melihat, prihatin dan menyokong kepada bakat yang mereka ada itu. Selain daripada itu, kanak-kanak pertengahan dan akhir juga ingin dipuji dan diberikan sesuatu apabila mereka berjaya dalam melakukan tugas yang diberikan. Dari segi tumbesaran mereka mempunyai peningkatan yang tinggi berbanding pada waktu kanak-kanak awal,iaitu tumbesaran kanak-kanak perempuan lebih besar daripada kanak-kanak lelaki. Selain itu, cara pemikiran mereka juga meningkat iaitu kanak-kanak perempuan lebih matang daripada kanak-kanak lelaki dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, dari segi penulisan mereka mampu mengubah tulisan daripada saiz besar kepada saiz normal dan lebih cantik. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih suka bermain dan kurang makan, lebih suka keluar rumah berbanding duduk di rumah. Pada peringkat ini juga mereka sudah dapat mengingati peristiwa yang terjadi pada dirinya, dan akan memendam peristiwa itu tanpa memberitahu sesiapa. Pada diri sendiri mereka lebih faham apa yang diperkatakan dan diberitahu berbanding ketika kanak-kanak awal.
